Monday 23 July 2012

Turunkan @ Tambahkan Berat Badan. Atur Pemakanan Anda. VCO juga membantu plus Makanan Lain.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Hari ini nak share bagaimana cara untuk menurunkan @ menambahkan berat badan. Minyak kelapa dara juga membantu dalam tips ni beserta makanan2 favourite anda..hehehe..Untuk mengetahui bagaimana VCO boleh membantu anda, baca bahagian 1- 6 dulu ye..

Kalau penat baca, rest dulu. Sebab anda akan bermain dengan banyak nombor...hehehehe...Info tentang kalori ni saya baca daripada blog sususejat. Credit to sususejat. Saya just ringkaskan. Saya pun nak cuba juga ni...Kalau nak tau lebih lanjut boleh tengok di blog sususejat.com

Bahagian 1 : Berapakah berat idaman anda??
Sebelum itu, langkah pertama ialah kita kena kenalpasti berapa Body Mass Index (BMI) masing-masing.

BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2

18-25 ~ Normal
Kurang 18 ~ Underweight
25-30 ~ Overweight
Lebih 30 ~ Obese

Okei, sekarang dah tahu BMI masing-masing kan??

Haaaa, sekarang  anda boleh target berapa berat yang anda idam-idamkan dengan menggunakan nilai BMI...))))))

Berat idaman = BMI sasaran X (Tinggi dalam meter)^2
Berat yang perlu dibuang = Berat terkini - Berat idaman  [ATAU]
Berat yang perlu ditambah= Berat idaman - Berat terkini

Bahagian 2 : Kalori menentukan berat anda

Sesiapa yang ingin menurunkan @ menambahkan berat badan, anda perlu mengira pula BMR/DCR anda. APA TU????

1. Basal Metabolic Rate (BMR)
2. Purata kalori diperlukan anda dalam sehari. (DCR ~ Daily Calorie Requirement)

Kira BMR jommmmm
----Formula Mufflin------
Untuk lelaki: BMR = [10 x Berat(kg)] + [6.25 x Tinggi(cm)] –[5 x Umur(Tahun)] + 5
Untuk wanita: BMR = [10 x Berat(kg)] + [6.25 x Tinggi(cm)] – [5 x Umur(Tahun)] – 161

----Formula Harris Benedict------
Lelaki: BMR = 66 +[13.7 x Berat (kg)] + [5 x Tinggi(cm)] – [6.8 x Umur(Tahun)]
Wanita: BMR =655 +[9.6 x Berat (kg)] + [1.8 x Tinggi(cm)] – [4.7 x Umur(Tahun)]

Kira DCR pulakk.
DCR= (BMR X AKTIVITI ANDA)

Aktiviti anda
Sedikit atau tiada bersenam, kerja dipejabat = BMR x 1.2
Bersenam 1-3 hari dalam seminggu = BMR x 1.375
Bersenam 3-5 hari dalam seminggu = BMR x 1.55
Bersenam 6-7 hari dalam seminggu = BMR x 1.725
Bersenam 2kali sehari atau kerja berat = BMR x 1.9

RESULT

Anda disarankan menggunakan rumus mufflin kerana ia lebih tepat.
------------------------------------------------------------------------------
Basal Metabolic Rate anda ialah BMR.
Purat nilai kalori yang anda perlukan sehari ialah DCR.
------------------------------------------------------------------------------

OKAY. Dah tau nilai BMI, BMR dan DCR anda kan? Sekarangggggg, apa yang patut anda lakukan????

Bahagian 3 : Rancang Strategi Diet anda dengan nilai kalori
Untuk turunkan berat badan, ambil kalori sebanyak DCR-500kcal.Untuk naikkan berat badan, ambil kalori sebanyak DCR+500kcal.
Untuk maintain slimm gitu, tak perlu tambah atau kurangkan kalori..gune je nilai DCR andaaa....

Bahagian 4 : Berapa lama ya berat idaman tercapai?? Jom tengok

Bilangan Hari = [kenaikan@penurunan yang dikehendaki x (7700/penambahan@pengurangan kalori sehari)] + 1

Bahagian 5 : Jom cubaaa...Bahagikan kepada 5 sajian
Contoh, kalori yang anda perlukan sehari ialah 1318. Dan anda nak tambah berat badan 4kg.. Jadi, anda perlu ambil 1318+500=1818 kcal sehari. Jadi bahagikan kepada 5sajian( breakfast, lunch,mnum petang,dinner,supper)...... 1818/5=363.6.. Jadi, anda perlukan 363.6 kcal setiap sajiannnnnnnn... Faham ke? Kalau pening, rest dulu ye.....

----Bagaimana kalau terlebih atau terkurang?------
Anda boleh seimbangkanya.. Contoh, breakfast seoatutnya kamu ambil 363.6 kcal kan? tapi kamu makan 200 je... Jadi, nanti lunch ambil la lebih sikit kalori yang tak cukup masa breakfast... Seimbangkan ye...

Bahagian 6 :  Macam mana nak tau nilai kalori dalam makanan?
A. Tengok di belakang plastik di label.
B. Carilah di internet. Boleh rujuk yang ni kot http://kalorimakanan.blogdrive.com/

Bahagian 7 : VCO dan makanan lain??
Jadi, bagaimana VCO membantu? Ok, untuk pengetahuan anda semua, boleh tengok labeldi VCO Catalyst ialah 125 kcal per serving kan? 125 kcal tu bersamaan dengan 1 sudu teh atau 1 biji softgel. Jadi, seperti yang kita disarankan oleh Catalyst, makan 2 sudu teh @ 2biji softgel. Ini bermaksud anda telah mengambil 250kcal sehari. Jadi, make sure jika kita nak kurus atau gemuk, VCO plus makanan2 lain mestilah memenuhi syarat kalori yang kita target ye.....

Maksudnya, anda dah ambil 250 kcal kan daripada VCO? So, tambahan makanan lain tu kena plan la nilai kalori tuuu...

Bahagian 8 : Amalkan makanan seimbang

Kita boleh ikut amalan makanan seimbang yang disarankan iaitu makan paling banyak karbohidrat, makan lebih banyak buahan dan sayuran, makan dengan sederhana protein, makan sedikit sahaja lemak, minyak (minyak tak tepu ye, VCO minyak baik(minyak tepu), so VCO elok)


Banyak yang kita perlu belajar lagi. Boleh membaca di enciok google la...
ITU SAJEEE..... Thank you...

No comments: